.

Friday, 4 July 2025

Nilai

Setiap apa yang kita lakukan atau setiap sesuatu yang kita miliki mempunyai nilai buat kita.

Nilai diri. Perlukah kita meletakkan nilai pada diri kita sendiri? Dan nilai dia. Siapa kita untuk menetapkan nilai diri seseorang.

Penat rasanya terlalu mengejar ingin menjadi bernilai di mata orang. Cuma berdoa semoga diri ini bernilai di sisi pencipta.

Sunday, 15 June 2025

Abah

Abah,

Hari ini hari di mana orang yang bergelar anak menyambut hari bapa. Pernahkah aku sambut hari bapa? Sumpah, tak ingat. Rasanya tak pernah. Mungkin hati ini keras atau tidak ingin dilembutkan untuk mengucapkan “selamat hari bapa, terima kasih untuk segalanya”.

At the age of 33, I still get jealous of people who have both parents by their side. It doesn’t mean aku tak bersyukur masih ada abah dan umi cuma mereka tidak bersama. Alhamdulillah, mereka masih lagi dikurniakan nikmat umur bernyawa sehingga ke saat ini.

Pengalaman berkeluarga aku dan orang lain mungkin tak sama. Apa yang aku lalui semenjak kecil membentuk apa yang aku jadi sekarang. Aku tidak menyalahkan umi dan abah aku. Aku tahu mereka juga pertama kali bergelar ibu dan bapa. Terima kasih atas segala penat lelah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Selamat hari bapa, Abah


*eee geram, semua nak kena subscribe bayar. tak boleh nak attach gambar. saddd *


Tuesday, 15 October 2024

Waktu @ Masa

Waktu menunjukkan 2:52am 16 Oktober 2024. 


Waktu yang terlalu jauh dibandingkan dengan post terakhir aku.


Waktu yang amat pantas lantasan kau tenggelam dalam waktu. 


Waktu ini aku sudah menjangkau usia 32 tahun. 


Sadarkah aku akan waktu? 

Thursday, 12 September 2013

Itu dulu-dulu, cerita dulu sudah habis.

Bismillah, salam semua. Setelah sekian lama, baru hari ini terdetik hati hendak mengupdate blog ini. Terasa ringan jari-jemariku yang domok ini untuk menaip meluah perasaan. Haa meluah perasaan. Memang blog ini dicipta oleh penulis sebagai tempat meluah perasaan. 

Hampir sebulan sudah diri ini solo. Ececehhhh. Tiada angin tiada ribut, kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Yeah. Dah berapa lama ek hubungan korang ni? Hmm. Form4. 1992. Form4 umur 16tahun. Sekarang 21tahun. Yup 5tahun usia hubungan kami. Tetapi kalau kau hidup 21tahun dengan aku pun belum tentu kau tahu tindak-tanduk ku.

Macamana aku laluinya? Hmm. Benda pertama aku buat patahkan sim card. Kalau guna lagi mesti akan TER-contact balik. Untuk seminggu yang pertama, agak sedih dan pelik, rutin yang kita buat bersama dah tiada. Tetapi set dalam minda, KITA TIDAK RINDU DIA, KITA RINDU RUTIN ITU SAHAJA.

Dan selepas-selepas itu aku hanya menyibukkan diri supaya taklah otak ini asyik terfikir hal dia. Habistu macamana sekarang? Hmm. Masih rindu tapi dapat menerima hakikat. Otak ini sudah matang. InsyaAllah. Kalau dia datang balik cari kau, kau terima tak? Jodoh pertemuan Allah tentukan, aku redha. 

Akhir kata? Semoga kau yang aku kenang berjaya dunia akhirat, bahagia dunia akhirat. Kenangan tak matang kita hanya tinggal kenangan. Dengan siapa pun bakal kau kahwini, aku doakan yang terbaik, takkan pernah lupa. Sdnrdn. 

Sunday, 19 May 2013

Pendek.

Hampir setahun aku meninggalkan ini blog. Sibuk mengalahkan abang patah di Lorong Abang Sayang. *paused* Hilang idea. Haha.

Sebenarnya aku muncul lagi di sini untuk bercerita beberapa perihal.


  • Duit
Masalah perihal duit tak pernah tenggelam dek ombak. Tapi alhamdulillah, berkat rezeki Allah, aku masih lagi mampu hidup dengan adanya makanan di dalam perut. Tuhan masih sayang.

  • Kerja
Belum pun kerja lagi. Kerja assignment, kelab, gedebak gedebuk boleh mereng jugaklah aku memikirkannya. Tapi alhamdulillah sekali lagi, kerja itu tidaklah sekelepuk bertimbun, cuma ia bagaikan aliran sungai yang tidak pernah putus. Begitulah gamaknya.


  • HUJAN
Bagi sesiapa yang rapat dengan aku mesti mereka sudah tahu yang aku ni kipas susah mati HUJAN. Tapi malangnya nasib, sampai ke besar gajah ini aku masih tiada kesempatan untuk pergi ke konsert mereka mahupun gig mereka. Mungkin tiada rezeki, ada hikmah Tuhan selindungkan. 

  • Kawan
Dalam talian persahabatan, kawan kita itu bukan milik kita, bukan jua hak kita. Ianya hanya pinjaman, Oleh itu, tiada haklah bagi kita ke atas kawan kita untuk menentukan dengan siapa mereka hendak berkawan. Jangan pula dituduhnya kawan itu lalang mahupun talam dua muka. 


Perihal mengadu-adu ini, bukan dengan semua orang aku boleh cerita. Jika hatiku tersentap aku hanya ada Allah. Aku seboleh-bolehnya mengelak untuk cerita masalah aku kepada keluarga mahupun rakan. Mereka pun ada masalah tersendiri. Jadi konklusinya di sini, apa-apa pun ingat TUHAN.


Note: Esok malam dinner IBUC woi. Hahah. 



Gambar hiasan.

Thursday, 14 June 2012

2 Bulan? 3 Bulan? 4 Bulan kah?

Dafuqqqqq!! Its been ages I'm leaving this page. Memang tak pantau langsung. Hade haku kesahh?
!!HAHAHH!!

First! Final exam another ONE WEEK je babessss!! Gosh!  Too many assignment need to submit and also in the last week ni jugakla semua subjek nak test. Adoiii. 

Second, IBUC had dinner dude! Vavowww. Dinner night awesome habis. Semua girls and boys gojesss gilerrr. Haha. Hey, I have some picture here for you guys. If you find me then you are lucky people. Wallahhh. Haha.














Forget to update because too busy into Twitter and Instagram and also GAMESSS! DANGGG! Hahah. My hobby now playing games lah. Tu yang test pon marks cecukup makan. Cehhh. 

But guys seriously, Twitter is a new way of life and its AWESOMEEE!!

Dahhh, forget about all those shits! HAHA. Too many typing works makes my handwriting 
become worst and keep changing. Its not same as 10 years ago. Tulisan sekarang dah macam Doctor boleh? Haha.


Okayyyy. Next update will be on 21 Jun 2014. Haha. Anything, me on Twitter, juct click click that blue birdie. LOL


P/S: Tambi dapat tawaran meloboskan diri ke dalam UniMAP. Alhamdulillah. =)

Saturday, 7 April 2012

HIKMAH

WARNING: INI BUKAN SINOPSIS CERITA HIKMAH. 


Dah selalu sangat kita dengar ayat "....ada hikmah disebaliknya..." orang dok pokpek-pokpek bila nasihat. Memanglah. Tak dok tepek taik unta kena kat mata dia memanglah dia boleh cakap macamtu. But if aku sekalipun, apa yang akan kau expect untuk kau dengar dari mulut aku? Kau ingat aku Kaunselor? Ahli terapi? As me, aku pon akan cakap benda sama. 

"Something good comes from what happen".


Situasi 1:
Selama ni kawan punyalah kamcing dekat sekolah. Dok huha heha sini sana semua sesama. Kau lah kawan dunia akhirat aku. Masalah kau, masalah aku jua. Jika kau sedih, aku menangis. Tuptup dapat masuk universiti sesama. U sama, course sama, kelas sama, kolej sama, dan bilik sama. Starting saat inilah  nampak belang sebenar kau. Tadelah baik mana. Hmm. HIKMAH.

Situasi 2:
Aku nak keluar ni dengan member. Dok datang kau sibuk nak ikut. Kfine, member aku tak kisah bawak kau sekali. Tuptup, hidung kawan aku tanggal terus segan nak jumpa kau (hiperbola). Dahla orang xsudi kau nak terhegeh dah kenapa??? Bukan aku tanak, kawan aku segan. Pepahamlaa. Kau dok sentap. Dok canang merata. Lemak kau memang dah lama kumpul sampai tepu, kan? Dan sekarang no communication occur. Hmm. HIKMAH.

Situasi 3:
Ku bercinta bagai nak rak. 143. 1437. Ilysm. Sdn rdn. Macam gila ni. Prob is hidup ni bukan milik kita berdua. Tuptup family bantah. Hmm. HIKMAH.



*Its like compilation of life stories yang pernah, sedang dan akan terjadi dalam hidup aku. LIFE IS JUST ANOTHER STORIES. 


WASSALAM