.: Itu dulu-dulu, cerita dulu sudah habis.

Thursday 12 September 2013

Itu dulu-dulu, cerita dulu sudah habis.

Bismillah, salam semua. Setelah sekian lama, baru hari ini terdetik hati hendak mengupdate blog ini. Terasa ringan jari-jemariku yang domok ini untuk menaip meluah perasaan. Haa meluah perasaan. Memang blog ini dicipta oleh penulis sebagai tempat meluah perasaan. 

Hampir sebulan sudah diri ini solo. Ececehhhh. Tiada angin tiada ribut, kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Yeah. Dah berapa lama ek hubungan korang ni? Hmm. Form4. 1992. Form4 umur 16tahun. Sekarang 21tahun. Yup 5tahun usia hubungan kami. Tetapi kalau kau hidup 21tahun dengan aku pun belum tentu kau tahu tindak-tanduk ku.

Macamana aku laluinya? Hmm. Benda pertama aku buat patahkan sim card. Kalau guna lagi mesti akan TER-contact balik. Untuk seminggu yang pertama, agak sedih dan pelik, rutin yang kita buat bersama dah tiada. Tetapi set dalam minda, KITA TIDAK RINDU DIA, KITA RINDU RUTIN ITU SAHAJA.

Dan selepas-selepas itu aku hanya menyibukkan diri supaya taklah otak ini asyik terfikir hal dia. Habistu macamana sekarang? Hmm. Masih rindu tapi dapat menerima hakikat. Otak ini sudah matang. InsyaAllah. Kalau dia datang balik cari kau, kau terima tak? Jodoh pertemuan Allah tentukan, aku redha. 

Akhir kata? Semoga kau yang aku kenang berjaya dunia akhirat, bahagia dunia akhirat. Kenangan tak matang kita hanya tinggal kenangan. Dengan siapa pun bakal kau kahwini, aku doakan yang terbaik, takkan pernah lupa. Sdnrdn. 

No comments: