.: 2013

Thursday, 12 September 2013

Itu dulu-dulu, cerita dulu sudah habis.

Bismillah, salam semua. Setelah sekian lama, baru hari ini terdetik hati hendak mengupdate blog ini. Terasa ringan jari-jemariku yang domok ini untuk menaip meluah perasaan. Haa meluah perasaan. Memang blog ini dicipta oleh penulis sebagai tempat meluah perasaan. 

Hampir sebulan sudah diri ini solo. Ececehhhh. Tiada angin tiada ribut, kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Yeah. Dah berapa lama ek hubungan korang ni? Hmm. Form4. 1992. Form4 umur 16tahun. Sekarang 21tahun. Yup 5tahun usia hubungan kami. Tetapi kalau kau hidup 21tahun dengan aku pun belum tentu kau tahu tindak-tanduk ku.

Macamana aku laluinya? Hmm. Benda pertama aku buat patahkan sim card. Kalau guna lagi mesti akan TER-contact balik. Untuk seminggu yang pertama, agak sedih dan pelik, rutin yang kita buat bersama dah tiada. Tetapi set dalam minda, KITA TIDAK RINDU DIA, KITA RINDU RUTIN ITU SAHAJA.

Dan selepas-selepas itu aku hanya menyibukkan diri supaya taklah otak ini asyik terfikir hal dia. Habistu macamana sekarang? Hmm. Masih rindu tapi dapat menerima hakikat. Otak ini sudah matang. InsyaAllah. Kalau dia datang balik cari kau, kau terima tak? Jodoh pertemuan Allah tentukan, aku redha. 

Akhir kata? Semoga kau yang aku kenang berjaya dunia akhirat, bahagia dunia akhirat. Kenangan tak matang kita hanya tinggal kenangan. Dengan siapa pun bakal kau kahwini, aku doakan yang terbaik, takkan pernah lupa. Sdnrdn. 

Sunday, 19 May 2013

Pendek.

Hampir setahun aku meninggalkan ini blog. Sibuk mengalahkan abang patah di Lorong Abang Sayang. *paused* Hilang idea. Haha.

Sebenarnya aku muncul lagi di sini untuk bercerita beberapa perihal.


  • Duit
Masalah perihal duit tak pernah tenggelam dek ombak. Tapi alhamdulillah, berkat rezeki Allah, aku masih lagi mampu hidup dengan adanya makanan di dalam perut. Tuhan masih sayang.

  • Kerja
Belum pun kerja lagi. Kerja assignment, kelab, gedebak gedebuk boleh mereng jugaklah aku memikirkannya. Tapi alhamdulillah sekali lagi, kerja itu tidaklah sekelepuk bertimbun, cuma ia bagaikan aliran sungai yang tidak pernah putus. Begitulah gamaknya.


  • HUJAN
Bagi sesiapa yang rapat dengan aku mesti mereka sudah tahu yang aku ni kipas susah mati HUJAN. Tapi malangnya nasib, sampai ke besar gajah ini aku masih tiada kesempatan untuk pergi ke konsert mereka mahupun gig mereka. Mungkin tiada rezeki, ada hikmah Tuhan selindungkan. 

  • Kawan
Dalam talian persahabatan, kawan kita itu bukan milik kita, bukan jua hak kita. Ianya hanya pinjaman, Oleh itu, tiada haklah bagi kita ke atas kawan kita untuk menentukan dengan siapa mereka hendak berkawan. Jangan pula dituduhnya kawan itu lalang mahupun talam dua muka. 


Perihal mengadu-adu ini, bukan dengan semua orang aku boleh cerita. Jika hatiku tersentap aku hanya ada Allah. Aku seboleh-bolehnya mengelak untuk cerita masalah aku kepada keluarga mahupun rakan. Mereka pun ada masalah tersendiri. Jadi konklusinya di sini, apa-apa pun ingat TUHAN.


Note: Esok malam dinner IBUC woi. Hahah. 



Gambar hiasan.