.: PERHATIN! INI SANGAT BEREMOSI

Wednesday, 28 December 2011

PERHATIN! INI SANGAT BEREMOSI


Live. Sekarang jam kereta menunjukkan 11.39 malam. Hari ini hari Jumaat. Hari yang mulia. Penghulu segala hari. Bertarikhkan 23hb Disember. Aku berada di dalam kereta di mana sedang dalam perjalanan pulang ke Muar dari Melaka. Umi sedang memandu dengan penuh mengantuk. Ya. Aku kejam sebab membiarkan umi memandu diwaktu malam membawa aku pulang. Sudah DUA KALI umi berhentikan kereta untuk tidur. Yeahh. Aku memang tak guna. Anak tak guna. Tak berbaloi umi berkorban untuk aku. Kalaulah aku memang tak berbaloi untuk hidup, KAU tariklah nyawa aku.


"tuhanku. aku tidak layak untuk syurgamu. tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu. dari itu kurniakanlah keampunan kepada ku. ampunkanlah dosaku. sesungguhnya engkaulah pengampun dosadosa besar."






Sudah lima hari perkara ini berlalu dan kini aku dah kembali semula ke kolej dan Umi hantar. Bukan aku tak mahu naik bas. Cuma Umi sudah hilang kepercayaanya terhadap aku. Hmm.

1 comment:

Juwita said...

Kenapa? Apa kau buat sampai ibu kau hilang kepercayaan kepadamu? :)